Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

perkembangan fizikal kanak-kanak

Perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah merupakan perkembangan dan perubahan yang berlaku ke atas fizikal seseorang yang merangkumi pertumbuhan fizikal iaitu dari segi perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang serta dari segi kemahiran pergerakan motor iaitu motor kasar dan motor halus serta pengawalan dominan tangan kanan atau kiri. Pertumbuhan fizikal terdiri daripada perkembangan dan perubahan pada bahagian fizikal seperti berat badan, ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan : kaki, kandungan lemak badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang. Berat badan kanak-kanak mengalami pertambahan dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak. Namun apabila seorang kanak-kanak itu telah melepasi peringkat ini, maka kadar pertumbuhan menjadi beransur perlahan. Berat badan akan meningkat sebanyak 2.5 kilogram (5 paun) setiap tahun dari umur 2 tahun hingga baligh. Perubahan kadar keberatan adalah paling sedikit semasa kanak-kanak berumu...

bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak autisme

Imej
BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Kategori dan penjelasan bahan bantu mengajar: Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu: – Bahan bantu mengajar bukan elektronik – Bahan bantu mengajar elektronik – Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar

cara mengatasi masalah disleksia bagi kanak-kanak

Beberapa anak memang dilahirkan berbeda, begitu juga dengan anak disleksia yang kesulitan dalam belajar, terutama dalam membaca dan menulis. Kesulitan belajar pada anak disleksia bukan disebabkan karena sistem pengajaran yang buruk, namun lebih disebabkan karena adanya gangguan pada otak. Mengatasi kesulitan belajar pada anak disleksia memang bukan perkara mudah. Walaupun demikian tidak berarti kesulitan belajar pada anak disleksia tidak dapat diatasi. Beberapa anak dengan disleksia yang mampu mengatasi kesulitan belajar justru berhasil menjadi orang hebat seperti Albert Einstein. Disleksia adalah salah satu jenis gangguan atau kesulitan belajar yang umumnya memengaruhi kemampuan membaca serta pengejaan seseorang. Gejala-gejala dalam disleksia sangat bervariasi dan umumnya tidak sama untuk tiap penderita sehingga sulit dikenali, terutama sebelum sang anak memasuki usia sekolah. Ada beberapa gen keturunan yang dianggap dapat memengaruhi perkembangan otak yang mengendalikan fonologi,...

masalah pemakanan bagi kanak-kanak

Pemasalahan besar berkaitan pemakanan di kalangan kanak-kanak menunjukkan  secara umumnya kanak-kanak sangat suka dan sangat menggemari makanan segera dan lebih teruk lagi apabila sesetengah ibu bapa tidak menghiraukan apa sahaja hidangan  pemakanan  anak mereka. Contoh makanan yang kanak-kanak gemari ialah makanan ringan, berlemak, manis dan minuman berkarbonat. Makanan tersebut ialah salah satu makanan yang tidak baik untuk diamalkan kerana boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan kanak-kanak.  Memandangkan pengambilan makanan tidak berkhasiat yang tinggi di kalangan kank-kanak menyebabkan kanak-kanak sering tidak mendapat keseimbangan nutrisi penting dalam pemakanan mereka.  Seringkali nutrisi tertentu yang diperlukan dalam tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak diambil dalam kuantiti yang tidak mencukupi.  Contohnya seperti pengambilan protin dari sumber makanan yang pelbagai. Gaya hidup yang moden juga  merupakan salah satu faktor yang ...

faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Faktor Kebakaan (Genetik) Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Ernest R. Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseoarang individu. Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia. Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna...

masalah lembam dalam kalangan kanak-kanak

Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya. Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran.  Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Guru atau ibu bapa yang mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali. Dari itu, kanak-kank ini akan lebih cepat dapat menangani masalah permbelajaran ini. Pakar kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan-bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif, lebih buas dan tidak boleh menum...

punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang suka merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul, menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu. Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-...

perkembangan emosi peringkat awal kanak-kanak

Emosi yang tergolong dalam kategori emosi yang positif adalah seperti rasa gembira, seronok, ghairah, dan bersemangat. Emosi yang negatif pula adalah terdiri daripada emosi yang mempunyai nada yang negatif seperti cemas,marah,sedih,rasa bersalah,dan sebagainya.Kanak-kanak dikatakan boleh mengalami kedua-dua jenis emosi ini serentak. antara masalah emosi ialah gembira. hal ini dapat  membantu kanak-kanak atau remaja berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang mereka sukai. Marah ialah membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang dicitakan dan mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian dan mencari jalan penyelesaian. Takut ialah rasa terancam, suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi. Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan takutnya, mencari jaminan mendapat ketenangan dan ketenteraman. Sed...

kanak-kanak bermasalah pembelajaran

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan seperti kebolehan kognitif, tingkahlaku sosial / perkembangan sosial,  penguasaan bahsa lisan/pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran perkembangan (developmental skills) dan  kemahiran matematik. Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran seperti, Ciri-ciri fizikal Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan be...

pengesanan awal untuk kanak-kanak

Pengesanan atau diagnosis awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan demi pendidikan mereka.  Secara umumnya, individu yang berkeperluan khas perlu dikesan daripada awal menerusi proses pengesanan.  Hal ini demikian kerana, melalui pengenalpastian pada peringkat awal dapat membantu pembelajaran kanak-kanak tersebut.  Pengesanan boleh dilakukan secara tidak formal oleh individu yang rapat dengan kanak-kanak seperti guru, ibu bapa, penjaga mahupun pembantu rumah melalui pemerhatian dan analisis hasil kerja.  Pengesanan secara formal pula boleh dijalankan menerusi penilaian perkembangan dan penilaian pencapaian.  Pengesanan boleh dilakukan di dalam bilik darjah dan di rumah.  Dalam erti kata yang lain, pengesanan boleh digunakan untuk mengenal pasti individu yang memerlukan penilaian yang lebih mendalam.  Oleh yang demikian, pengesanan atau diagnosis awal sangat penting dalam menjami...

teori keperluan khas kanak-kanak

Kanak-kanak berkeperluan khas ( exceptional children ) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas ( gifted ) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka  ( Heward 2003 ). Istilah lain juga telah digunakan untuk “ kanak-kanak  berkeperluan khas ” ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut  Kail ( 2001 ), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas.Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keu...