masalah lembam dalam kalangan kanak-kanak


Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.

Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran.  Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Guru atau ibu bapa yang mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali. Dari itu, kanak-kank ini akan lebih cepat dapat menangani masalah permbelajaran ini. Pakar kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan-bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif, lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu, penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak-kanak tersebut tidak diambil dengan teliti.

Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak-kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension). Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka. Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak di atas bahu para  profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas di rumah.

Ciri kanak-kanak lembam ialah Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa,
tulisan terlalu buruk dan sukar dibaca. Kerap melakukan kesalahan dalam ejaan dan tanda bacaan,
menulis huruf terbalik dan membuat urutan dan arah yang salah serta idea tidak berkembang dan penyusunan idea tidak teratur. Tidak dapat menyebut huruf dengan tepat dan selalu meninggalkan huruf, suku kata atau perkataan ketika membaca dan menulis.

Pengamatan dan tingkah laku ialah Keliru dengan konsep arah. Sukar memahami konsep masa. Kerap berasa tertekan. Sukar memakai kasut pada kaki yang betul. Memiliki konsep kendiri yang rendah. Panduan untuk mendidik kanak-kanak lemba ialah ubah pengajaran kepada sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang sebagai contoh untuk mengajar mengira gunakan guli, batu atau biji getah untuk menunjukkan apa yang dimaksudkan. Elakkan daripada membuat kenyataan secara umum. Arahan diberikan perlulah jelas, ringkas dan padat bagi memudahkan mereka memahaminya. Pastikan kanak-kanak terbabit mahir dalam perkara yang diajarkan sebelum memperkenalkan kemahiran baru kepadanya. Beri motivasi kepada kanak-kanak terbabit sebagai tanda sokongan moral kepadanya. Perbincangan dengan ibu bapa perlu dibuat agar mereka meningkatkan perhatian terhadap anak dalam semua segi sama ada psikologi, emosi serta jati diri anak itu.

Dalam membantu memulihkan kanak-kanak ini, bukan hanya terletak pada guru pemulihan sahaja, tetapi ianya harus meliibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain serta ahli keluarga murid ini seperti ada yang membantunya dalam menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibubapa kepada murid ini. Walaupun kanak-kanak ini tergolong dalam golongan murid yang lemah dalam pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima pelajaran sama seperti kanak-kanak yang lain

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Teori tingkahlaku kanak-kanak

pengesanan awal untuk kanak-kanak

bahan bantu mengajar untuk kanak-kanak autisme