perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah merupakan perkembangan dan perubahan yang berlaku ke atas fizikal seseorang yang merangkumi pertumbuhan fizikal iaitu dari segi perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang serta dari segi kemahiran pergerakan motor iaitu motor kasar dan motor halus serta pengawalan dominan tangan kanan atau kiri.
Pertumbuhan fizikal terdiri daripada perkembangan dan perubahan pada bahagian fizikal seperti berat badan, ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan : kaki, kandungan lemak badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang.
Berat badan kanak-kanak mengalami pertambahan dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak. Namun apabila seorang kanak-kanak itu telah melepasi peringkat ini, maka kadar pertumbuhan menjadi beransur perlahan. Berat badan akan meningkat sebanyak 2.5 kilogram (5 paun) setiap tahun dari umur 2 tahun hingga baligh. Perubahan kadar keberatan adalah paling sedikit semasa kanak-kanak berumur antara 2 hingga 3 tahun dan seterusnya meningkat beransur-ansur sebelum mencapai usia remaja. Walau bagaimanapun, berat badan kanak-kanak perempuan adalah kurang berat berbanding kanak-kanak lelaki pada usia yang sama.
Kadar penambahan ketinggian kanak-kanak yang ketika berusia 2 tahun menjadi semakin berkurang iaitu antara 11 hingga 12.5sm (4.5 hingga 5 inci) atau 24% jika dibandingkan dengan ketinggian badan ketika lahir yang bertambah ketinggian dari lahir hingga berumur 5 bulan dengan pertambahan sebanyak 30%. Namun untuk pengetahuan, kebanyakan kanak-kanak yang berumur 2 tahun telah mempunyai kira-kira separuh daripada ketinggian ketika dewasa kelak.
Peningkatan lilitan kepala kanak-kanak berlaku 2 hingga 6 tahun selepas lahir seiring dengan perkembangan otak.
Peringkat perubahan lilitan kepala mengikut perubahan umur adalah seperti berikut:
· 0-2 tahun : Peningkatan lilitan kepala kerana perkembangan otak
· 2 tahun : Nisbah ukuran kepala 1:5 daripada panjang tubuh
· 3 tahun : Apabila kanak-kanak mencapai 50% daripada tinggi remaja, pertumbuhan kepalanya juga mencapai 50% daripada saiz dewasanya
· Apabila umur meningkat remaja, ukuran kepalanya ialah 1:10 daripada panjang tubuhnya
Namun, jika sekiranya berlaku lilitan kepala yang tidak membesar, ianya mungkin disebabkan oleh pertumbuhan otak yang kurang memuaskan.
Bagi mengukur lilitan lengan, pengukuran hanya tertumpu kepada bahagian pertengahan lengan atas sahaja. Ukuran mesti dilakukan dengan menggunakan pita ukur jenis kain atau plastik. Kadar perkembangan fizikal berlaku dengan pesat pada awal kelahiran iaitu dengan lilitan lengan yang berukuran daripada 11sm kepada 16sm. Namun, kadar lilitan ini kekal pada nilai yang sama antara 16sm hingga 17sm walaupun umur bayi meningkat dari 1 tahun hingga 5 tahun. Kadar perubahan fizikal ini juga bergantung kepada kesihatan yang baik dan penerimaan zat pemakanan yang seimbang dan mencukupi. Ukuran lilitan lengan yang menandakan taraf kekurangan zat pemakanan yang sederhana adalah antara 12.5sm hingga 13.5sm. Manakala, nilai yang kurang daripada 80% jangkaan normal iaitu 12.5sm, menunjukkan taraf kekurangan zat pemakanan teruk.
Nisbah badan : kaki adalah perbandingan pertumbuhan fizikal antara kaki dengan badan kanak-kanak. Nisbah ini berubah mengikut tempoh perkembangannya yang tertentu. Perubahan nisbah kaki pada ketinggian penuh adalah seperti yang berikut :
· Tempoh pralahir 1:4
· Lahir 1:3
· Dewasa 1:2
Ini jelas menunjukkan bahawa pada peringkat awal bayi, saiz kaki lebih pendek berbanding badan. Walaupun begitu, keadaan ini berubah menjadi semakin seimbang dengan badan apabila kanak-kanak membesar.
Lemak badan mula meningkat pada minggu terakhir sebelum kelahiran dan terus bertambah selepas kelahiran. Seterusnya keadaan tersebut memuncak pada usia 9 bulan. Namun, kanak-kanak akan berubah menjadi kurus pada usia 1 tahun hingga pertengahan awal kanak-kanak kerana lemak dalam badannya semakin berkurangan. Lemak badan lebih banyak terdapat pada bayi perempuan berbanding bayi lelaki pada waktu lahir. Selain itu, otot akan bertambah secara perlahan pada peringkat bayi dan kanak-kanak dan bertambah dengan pesat pada peringkat remaja. Jenis bentuk badan manusia dari peringkat kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 3 jenis berdasarkan kandungan lemak badan dan otot iaitu :
Ektomorf : saiz tubuh badan kecil, kurus dan tinggi ; kadar perkembangan fizikal agak lambat dan kadar penambahan tinggi memakan masa yang lebih panjang
Mesomorf : tubuh badan pejal dan berisi ; penambahan otot, berat badan dan perkembangan fizikal yang lain turut berlaku dengan lebih cepat pada setiap peringkat umur
Endomorf : tubuh badan lebih bulat dan mengandungi lebih banyak lemak
Dari segi pertumbuhan gigi pula perlu diketahui bahawa manusia mempunyai 2 set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup. Set pertumbuhan pertama terdapat 20 batang gigi yang dikenali sebagai gigi susu atau gigi sementara atau gigi bayi. Gigi ini gugur dari semasa ke semasa dan diganti dengan gigi kekal atau gigi dewasa yang berjumlah 32 batang. Bayi semestinya dilahirkan tanpa gigi. Gigi kacip (gigi depan dan tengah gigi) mempunyai ciri sebagai gigi sulung yang berfungsi untuk memotong. Ianya muncul dalam jangka masa usia 6 hingga 12 bulan. Pada masa ini kelenjar air liur mula mengeluarkan air liur yang banyak. Terdapat juga sesetengah bayi yang mengalami demam sebelum tumbuh gigi. Gigi susu pula muncul apabila bayi baru mula memakan makanan separuh pejal. Ianya adalah untuk membantu bayi belajar mengunyah.
· Jadual pertumbuhan gigi adalah seperti berikut :
Gigi kacip tumbuh dalam jangka masa umur 6 hingga 12 bulan
Gigi geraham pertama tumbuh dalam jangka masa umur 12 hingga 16 bulan
Gigi taring tumbuh dalam jangka masa umur 16-20 bulan
Gigi susu mula tanggal ketika kanak-kanak berumur 7 tahun. Pertukaran dari gigi susu ke gigi kekal mengambil masa yang lama, iaitu dari hujung peringkat prasekolah hingga hujung peringkat kanak-kanak
Namun, apabila mencapai peringkat akhir tatih, maka, jumlah gigi susu yang lengkap tumbuh sebanyak 20 batang, iaitu 10 batang di rahang atas dan 10 batang di bahagian bawah. Dan kemudiannya, gigi susu akan mula tanggal ketika kanak-kanak berumur tujuh tahun. Ia akan mengambil masa yang lama untuk menukarkan gigi susu kepada gigi kekal iaitu dari hujung peringkat prasekolah hingga hujung peringkat kanak-kanak atau kira-kira 12 tahun.
· Pertumbuhan rangka tulang berlaku dalam 3 cara iaitu:
Pertambahan Saiz Tulang
Pertambahan saiz tulang amat ketara di tulang panjang di bahagian kaki dan lengan
Tulang akan memanjang, menebal dan membesar secara tetap sepanjang zaman kanak-kanak
Pembesaran tulang rangka berlaku dengan pembesaran kaki dan tangan diikuti pembesaran pinggul, dada, bahu, dan akhir sekali badan
Pertumbuhan khas iaitu epifisis, yang merupakan bahagian lembut pada hujung tulang , mula muncul sebelum bayi dilahirkan
Epifisis membenarkan tulang tumbuh dan bertambah panjang
Apabila tulang mencapai peringkat matang, epifisis menjadi semakin nipis dan terus hilang dan tulang tidak akan bertambah panjang lagi dan kanak-kanak tersebut telah mencapai ketinggian yang maksimum (Malina & Bouchard, 1991)
Tulang Mengeras (Osifikasi)
Bagi bayi, sesetengah tulang masih rawan dan semua tulangnya lebih lembut, dengan kandungan air yang lebih tinggi
Ketika berlaku pengerasan, tulang kalsium akan menggantikan tulang lembut kepada tulang keras
Osifikasi bermula sebelum lahir dan berterusan sehingga bayi matang
Osifikasi rangka amat memerlukan zat pemakanan seperti kalsium, fosforus, dan vitamin yang mencukupi
Bentuk tulang belakang mesti berubah dengan baik untuk membolehkan kita berdiri di atas dua belah kaki
Semasa di dalam uterus, tulang belakang berbentuk huruf ‘c’
Selepas kelahiran, kanak-kanak mula bernafas, mengangkat kepala, berbaring di atas permukaan rata, tulang belakang menjadi rata
Tulang belakang mula membentuk seperti huruf ‘s’ sebagaimana bayi belajar duduk, berdiri dan mula berjalan
Tulang pada tangan, pergelangan tangan dan kepala mengeras lebih
Jumlah Tulang
Bahagian tangan, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan kaki (yang memerlukan banyak pergerakan halus) merupakan bahagian badan yang mengalami pertambahan dalam jumlah tulang yang paling besar
Pada umur 1 tahun hanya terdapat 3 tulang di bahagian pergelangan tangan daripada 9 apabila menjadi dewasa
Bahagian lain seperti tengkorak pula, akan mengalami pengurangan dalam bilangan tulang
Bayi mempunyai beberapa tulang yang dipisahkan oleh ruang yang dinamakan fontanel atau ubun-ubun di bahagian tengkorak
Fontanel merupakan bahagian lembut pada bahagian kepala, yang diliputi oleh lapisan yang berserabut
Kawalan Tangan atau Kiri
Korteks serebral merupakan bahagian terbesar dalam otak manusia, iaitu lingkungan 85% daripada berat otak dan bertanggungjawab pada kecerdasan unik spesies manusia
Korteks serebral adalah bahagian otak terakhir berhenti tahap perkembangannya
Dua hemisfera korteks serebral :
- Hemisfera otak kiri yang merupakan bahagian yang mengawal kebolehan verbal seperti bahasa oral dan tulisan dan mengawal emosi positif seperti keriangan
- Hemisfera otak kanan pula merupakan bahagian yang mengawal kebolehan spatial iaitu hal jangkaan jarak, bacaan peta, pengesanan bentuk geometrik dan kawalan emosi negatif seperti kesedihan dan kemurungan.
Perkembangan motor kasar dan halus merangkumi kawalan pergerakan yang membantu seseorang itu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan koordinasi pergerakan kompleks dengan keupayaan berbeza disatukan, setiap kemahiran bekerjasama antara satu dengan yang lain untuk mengawal persekitarannya secara berkesan (Hopkins & Butterworth, 1997; Thelen & Smith, 1998).
Kemahiran motor kasar adalah kawalan pada tingkah laku yang memerlukan banyak otot dan membolehkan kanak-kanak bergerak balas dengan persekitarannya. Contohnya, berjalan, berdiri, merangkak dan sebagainya. Perkembangan kemahiran motor banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan atau pendengaran mengalami masalah menyeimbangkan badan.
Kemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus menggunakan otot-otot yang kecil seperti jari dan tangan. Contohnya, menggunting, menggentel, memicit, memegang dan lain-lain pergerakan yang melibatkan jari. Walaupun kanak-kanak dapat menggunakan jari tangan mereka, tetapi memakan masa yang lama supaya menjadi lebih mahir. Kemahiran menggunakan jari dipengaruhi oleh faktor biologi di mana kanak-kanak yang mengalami masalah otak sering kali tidak dapat menggunakan jari mereka. Kanak-kanak ini lebih cenderung menggunakan tangan. Kemahiran menggunakan motor halus mengalami peningkatan selari dengan meningkatnya umur mereka.
Kesimpulannya, setiap perkembangan fizikal adalah berkaitan antara satu sama lain iaitu daripada perkembangan dan pertumbuhan tubuh badan dengan perkembangan otak seorang manusia itu. Perkembangan fizikal ini juga mempunyai tahap-tahap perkembangan tertentu yang menunjukkan peningkatan perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam tempoh untuk mencapai umur dewasa semenjak dari dilahirkan lagi. Melalui perkembangan fizikal ini juga banyak yang dapat dihuraikan tentang proses tumbesaran dan pertumbuhan kanak-kanak dan kita juga dapat mengetahui pelbagai perlakuan kanak-kanak mengikut peningkatan dan tahap umur mereka.

Ulasan
Catat Ulasan