Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Pertumbahan dan perkembangan kanak-kanak

Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang melihatkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dapat dilihat dari segi fizikal dan kognitif. Perkembangan kognitf kanak-kanak menjelaskan tentang perubahan dari segi tahap pemikiran mereka dalam pembelajaran sesuatu bidang ilmu dan pengalaman yang diperolehi yang sentiasa berubah-ubah mengikut usia. Pelbagai teori dan model telah dikaji bagi menerangkan tentang perkembangan kognitf kanak-kanak. Teori kognitif menekankan tentang pentingnya proses pemikiran dalam pemlbelajaran dan memberi perhatian kepada pengaruh faktor dalaman. Terdapat beberapa tokoh yang telah mengemukakan pendapat mereka be...

perkembangan kognitif kanak-kanak

Ciri-ciri perubahan kognitif kanak-kanak terdapat empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu peringkat Sensorimotor, peringkat Pra Operasi, peringkat Operasi Konkrit, dan peringkat Operasi Formal, menurut Piaget.  Pada peringkat Sensorimotor iaitu bayi berumur bawah 2 tahun, bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Pada peringkat ini, bayi akan menggunakan mulut untuk merasa sesuatu objek dan mengkoordinasi mata dan tangan bagi mencapai sesuatu objek. Sebagai contoh, bayi akan memasukkan jari dan merasa puas apabila dapat merasa dan menghisap jarinya. Kepuasan ini akan menyebabkan mereka melakukan perbuatan ini berulang kali. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini akan mula menunjukkan permulaan pemikiran logik. Sebagai contoh, kanak-kanak ini akan dapat mengatur skema-skema yang mudah dan logik seperti mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang bertutup, atau boleh mengambil barang yang jauh.  Sete...

Perkembangan sosial kanak-kanak

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan social melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya. Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain den...

Teori tingkahlaku kanak-kanak

Teori Pembelajaran Sosial ialah t eori ini menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari tingkah laku dengan meniru tingkah laku orang dewasa atau orang yang mereka jumpa. Contohnya, kanak-kanak yang sering mendengar perkataan yang tidak baik, mereka juga akan menirunya. Begitu juga sebaliknya, kanak-kanak yang sering mendengarkan perkara yang baik-baik dan melihat perbuatan yang baik akan terdorong untuk melakukan perkara yang baik juga. Oleh itu, sebagai seorang ibu bapa atau pengasuh anda seharusnya menunjukkan contoh yang baik, sentiasa bersopan santun, kerap mengungkapkan perkataan yang baik kepada kanak-kanak kerana mereka merupakan penyerap yang baik. Elakkan perbuatan menjerit-jerit kerana mereka akan meniru kembali dan perlu diingatkan ibu bapa atau pengasuh merupakan model tingkah laku kanak-kanak. Selain itu teori tingkah Laku, teori ini mengatakan bahawa pengulangan tingkah laku berlaku jika diberi pengukuhan. Pengukuhan ini adalah seperti perhatian yang mereka dapat ...